Sunday, November 25, 2007

..:: Atas Nama Cinta ::..

Atas nama cinta
Hati ini tak mungkin terbagi
Sampai nanti bila aku mati
Cinta ini hanya untuk engkau
Atas nama cinta
Kurelakan jalanku merana
Asal engkau akhirnya denganku
Ku bersumpah atas nama cinta




huhu tengok kawan2 ramai yang kawen...rase nak kawen la pulak...huhu..sob..sob..

Thursday, November 22, 2007

..:: Belajar Memasak ::..

Semalam aku belajar memasak dengan housemate yang da sememangnye terer memasak --<@ Chef Sue

Sekarang baru timbul kesedaran nak belajar memasak...mane taknye, sampai bape orang da bagi ceramah kat aku..thanx so much for being so caring! i know it's for my own good ..

So, yesterday, i learnt to cook Tom Yam and Sayur Sawi Cina masak kicap..marvellessss!!
em rase suka plak memasak nie...nak blaja lagi...nak lagiii...yang pasti aku akan buktikan kt rumah..kasi mama, ayah and adik2 aku rase masakan aku plak... (^_^)

teringat pulak ade org tanye --> da pandai masak spaghetti ke lom?
u know wut?? that's the first menu yang i blaja ;-)

..:: Memilih Pasangan ::..

Memilih pasangan adalah proses yang penting dalam ke-hidupan seseorang. Ia juga adalah proses pertama sebelum mewujudkan hubungan yang lebih intim. Ia me-nentukan dengan siapa orang itu akan hidup bersama untuk berkasih sayang, berkongsi susah dan senang sepanjang hidupnya. Pemilihan pasangan yang tepat dapat menjamin kebahagiaan perkahwinan dan kesejahteraan keluarga dan jika sebaliknya, ia dapat menimbulkan konflik yang berpanjangan dan seterusnya mengakibatkan keruntuhan sebuah institusi keluarga.

Bukhari dan Muslim melaporkan nabi Muhammad SAW pernah berkata, “Seorang wanita dikahwini kerana empat perkara iaitu kerana hartanya, kerana kecantikannya, kerana keturunannya dan kerana agamanya. Maka pilihlah wanita yang taat beragama, nanti engkau akan beruntung.” Hadis itu jelas menunjukkan proses memilih pasangan adalah antara proses yang penting dan kritikal dalam me-nentukan masa hadapan seseorang. Ia harus dilakukan secara teliti dan mengambil kira faktor tertentu sebelum pemilihan dilakukan.

Adakah pilihan ibu bapa lebih tepat berbanding pilihan sendiri?

Cara memilih pasangan berbeza antara satu masyarakat dengan masyarakat lain. Misalnya, siapa yang berhak membuat pilihan? Dalam sesetengah masyarakat, pemilihan pasangan untuk anak dibuat oleh ibu bapa ataupun ahli keluarga yang lebih tua. Di Malaysia khususnya, per-kahwinan yang diaturkan ini banyak berlaku pada zaman dahulu dan perubahan masa mengubah prosedur pemilihan pasangan di mana individu membuat pilihan pasangan hidupnya sendiri. Apabila sudah mengenali antara satu sama lain dengan lebih rapat, pasangan dapat mengenal pasti ciri kesamaan, ketidaksamaan serta tahap keserasian masing-masing. Tahap kesesuaian yang tinggi membuatkan kedua-duanya lebih tertarik antara satu sama lain dan membolehkan komitmen dibuat di antara kedua-dua pasangan misalnya menjalin hubungan cinta dan seterusnya mengikat tali pertunangan.
Walaupun ibu bapa kini tidak lagi terlibat secara total dalam pemilihan pasangan, mereka masih lagi menggunakan autoriti bagi menentukan kumpulan individu yang sesuai untuk dijadikan kawan dan rakan sebaya dengan andaian pasangan mereka datang dari kelompok itu juga. Pengaruh ibu bapa juga masih jelas dalam pemberian keizinan atau persetujuan ke atas pasangan yang dipilih oleh anak mereka dalam situasi masyarakat di negara ini walaupun Malaysia semakin pesat membangun dalam arus teknologi pelbagai bidang.
Namun, tidak dinafikan, masih ada yang mengamalkan adat resam lama dengan andaian dan harapan bahawa pilihan yang dibuat oleh orang tua lebih tepat kerana mereka ini lebih berpengalaman. Kedua-dua cara ada kebaikan dan ada kelemahan tersendiri. Bergantung pada diri kita cara mana yang hendak diamalkan.

Apakah perkara yang perlu dipertimbangkan dalam memilih pasangan?

Walau apa pun prosedur yang dipilih, terdapat faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan dalam proses memilih pasangan. Faktor pemilihan itu bergantung pada cita rasa dan matlamat seseorang dalam kehidupan perkahwinan-nya. Antaranya adalah ciri sekufu, umur dan status kesihatan. Sekufu yang dimaksudkan merangkumi aspek agama, keturunan, kecantikan dan harta.

Ciri sekufu
Konsep sekufu dalam Islam bagi memilih pasangan misalnya, sesuai diaplikasikan oleh semua bangsa khusus-nya di negara ini. Kufu digalakkan kerana ia penting kepada suami dan isteri dalam membentuk keluarga yang bahagia kerana perkahwinan adalah ikatan sepanjang hayat. Walaupun begitu, konsep ini lebih dititikberatkan pada pihak perempuan demi mengelakkan keaiban ke atas keluarga pihak perempuan apabila memilih lelaki yang lebih rendah kufunya. Sebaliknya, lelaki yang memilih wanita yang lebih rendah tarafnya dapat mengangkat taraf isterinya mengikut kedudukan suami. Dalam konsep ini, terdapat empat perkara penting yang perlu dipertimbang-kan dalam memilih pasangan.

Agama
Individu digalakkan mencari pasangan yang seagama. Ini bertujuan memudahkan proses penyesuaian apabila mereka berkahwin kelak. Malahan, bagi memilih bakal suami, wanita juga digalakkan mencari lelaki yang soleh, tajam pemikiran, dan mempunyai pendidikan agama yang sempurna supaya suami dapat melayani isteri dengan baik dan memberi nafkah yang sewajarnya. Pada kebiasaannya, pihak orang tua memikirkan asal usul keturunan dan harta tetapi jarang menitikberatkan soal keimanan. Sesungguhnya rupa paras dan harta tidak kekal lama tetapi iman mampu bertahan walaupun jasad sudah dimamah usia. Antara kelebihan orang yang beriman adalah hatinya lebih tulus, kesabarannya tinggi dan tingkah lakunya lebih mulia.
Walau bagaimanapun, tidak salah memilih pasangan yang berlainan agama ataupun bangsa untuk dijadikan teman hidup dan ini dikenali sebagai ‘perkahwinan campur’. Namun, bagi individu beragama Islam yang ingin mengahwini pasangan bukan Islam, pasangan itu mesti memeluk Islam terlebih dahulu. Malahan, per-kahwinan campur dikatakan mampu meluaskan jaringan sosial lebih-lebih lagi dalam negara Malaysia yang mengamalkan masyarakat majmuk. Isu yang timbul di sini adalah proses penyesuaian yang lebih rumit perlu dilakukan oleh pasangan kahwin campur demi menjamin kejayaan perkahwinan itu.

Kelas sosial atau keturunan
Mengikut konsep sekufu, individu juga digalakkan memilih pasangan yang setaraf daripada segi kelas sosial. Ini bertujuan mewujudkan kesamaan daripada segi status sosioekonomi bagi memudahkan penyesuaian per-kahwinan. Memilih pasangan daripada kelas sosial yang sama juga bertujuan mewujudkan budaya yang sama daripada segi persekitaran tempat tinggal dan amalan gaya hidup seharian seperti makan minum, aktiviti berbelanja, aktiviti masa lapang dan pergaulan dengan kawan. Ini kerana individu dalam kelas sosial yang berbeza mengamalkan cara gaya hidup yang berlainan. Namun, daripada aspek positif, perkahwinan antara dua kelas sosial ini mampu merapatkan jurang sosial dan ekonomi yang memang sudah wujud sejak zaman ber-zaman.

Ciri individu khususnya kecantikan
Tarikan kepada ciri individu khususnya kecantikan adalah faktor yang mendorong kita mendampingi se-seorang. Individu akan tertarik dengan orang lain yang berlawanan jantina berdasarkan ciri-ciri fizikal yang ada padanya. Antaranya adalah kecantikan paras rupa, bentuk badan dan penampilan yang menarik serta bijak mengatur kata-kata. Malahan, tarikan fizikal inilah yang memulakan perhubungan intim sehingga pasangan itu memikirkan kesesuaian lain yang perlu ada bagi meneruskan hubungan hingga ke gerbang perkahwinan.
Terdapat juga individu yang memilih pasangannya ber-dasarkan ciri kesamaan. Mereka memilih pasangan yang mempunyai ciri kesamaan seperti sikap, cara berfikir dan faktor fizikal. Misalnya, individu yang mengalami cacat penglihatan berkahwin dengan pasangan cacat peng-lihatan juga. Namun, terdapat juga individu yang mempunyai cita rasa yang berlainan di mana mereka mencari pasangan yang mempunyai ciri yang tidak sama dengan diri mereka di mana ini dirujuk sebagai konsep saling melengkapi. Misalnya individu kurang bijak mencari pasangan yang lebih bijak supaya memperoleh zuriat yang mempunyai daya intelektual yang tinggi. Ada juga individu yang kurang berharta namun seorang yang penyabar mendapat jodoh (pasangan) yang lebih berharta tetapi kurang penyabar. Inilah yang dikatakan sebagai saling melengkapi dalam keseluruhan hubungan pasangan itu.

Kesesuaian tret personaliti juga penting dalam memilih pasangan hidup. Ada individu yang tertarik kepada individu lain yang mempunyai tret personaliti yang sama dengannya. Apabila mempunyai tret personaliti yang sama masing-masing dapat saling memahami. Dengan andaian ini individu itu menjangkakan apabila hidup bersama nanti mereka lebih mudah menyesuaikan diri. Walau bagaimanapun, ada juga individu yang bercita rasa sebaliknya. Walaupun begitu, kepercayaan lama menyatakan bahawa kedua-dua pasangan lebih sesuai apabila mempunyai ciri yang bertentangan, misalnya seorang yang bersifat seperti ‘api’ (pemarah) sesuai dijodohkan dengan seorang yang bersifat ‘air’(tenang atau penyabar). Namun, sejauh mana kebenaran ini masih belum dapat dikenal pasti kerana tiada kajian saintifik yang dapat menunjukkan kesesuaian hubung kait antara personaliti suami dan isteri.

Walau bagaimanapun, terdapat sedikit perbezaan dalam aspek memilih pasangan pada masa kini berbanding dengan suatu masa dahulu. Misalnya, wanita dahulu lebih mementingkan kekukuhan ekonomi bakal suami tetapi kini keadaan berubah. Ini kerana kebanyakan wanita kini mempunyai pekerjaan dan memiliki sumber ekonomi sendiri di mana keadaan ini mengurangkan pergantungan wanita pada lelaki. Namun begitu, wanita mahupun lelaki kini lebih mementingkan aspek seperti kejujuran, ketulusan hati budi dan kepintaran.

Bagaimana proses memilih pasangan berlaku?

Sebahagian besar individu mengalami proses yang hampir sama dalam memilih pasangan. Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi dan tahap yang terlibat dalam proses ini.Kedudukan geografi adalah antara faktor yang paling penting dalam menemukan pasangan. Ini kerana kerapatan kedudukan geografi meningkatkan peluang seseorang untuk bertemu dan seterusnya merapatkan hubungan dengan pasangannya apabila memperoleh kesesuaian. Misalnya, ramai yang bertemu jodoh rakan satu sekolah ataupun satu universiti, rakan sepejabat ataupun jiran sekampung. Walaupun begitu, tidak dinafikan terdapat juga individu yang bertemu dengan pasangan yang bukan daripada persekitaran fizikal terdekat. Sebagai contoh, ada individu yang bertemu dengan pasangan ketika pergi bercuti di suatu tempat yang jauh dari kampung halaman-nya. Apabila wujud peluang, perkara pertama yang biasanya menjadi daya penarik seseorang untuk terpikat ataupun meminati seseorang yang lain adalah kecantikan luaran. Ini memang tidak dinafikan dan diakui oleh ramai orang.

Daya tarikan fizikal yang ada pada seseorang itu menghasilkan pertemuan kali pertama. Semasa pertemuan kali pertama ini, kedua-dua individu membuat penilaian ke atas aspek lain termasuk sikap, nilai yang dipegang dan tingkah laku. Pertemuan demi pertemuan dilakukan dalam proses mengenali hati budi masing-masing.

Homogamy adalah suatu konsep di mana masing-masing merasai ada persamaan atau keserasian antara satu sama lain hasil interaksi dan perbualan semasa pertemuan. Seterusnya, sebuah perhubungan yang erat akan terbentuk antara individu lelaki dan perempuan itu. Maka, apabila bersedia dan jodoh sudah sampai, kedua-duanya diikat secara sah dan sebuah hubungan perkahwinan terbentuk. Demikianlah secara ringkas proses yang akan dilalui oleh seseorang bagi menemui pasangan hidupnya.

Walaupun ramai individu yang berjaya menghabiskan proses itu dan bertemu dengan pasangan hidupnya tanpa bertukar pasangan temu janji atau dating, namun tidak kurang juga individu yang tidak dapat meneruskan proses dan terpaksa menukar pasangan temu janji kerana tidak memperoleh keserasian pada pasangan yang sebelumnya. Ini suatu yang lumrah, jika tidak ia tidak dikatakan sebagai proses pemilihan!

Siapa yang berhak menentukan pasangan hidup kita?

Siapakah yang terlibat dalam memilih pasangan? Diri sendiri, ibu bapa, ahli keluarga lain ataupun pengaruh rakan? Jawapan pada persoalan ini berbeza antara individu dan masyarakat serta berlainan mengikut peredaran zaman.Mengikut cara tradisional, pemilihan pasangan dilakukan oleh ibu bapa atau ahli keluarga lain yang lebih tua. Tradisi turun-temurun ini menjadi amalan masyarakat sejak ber-abad lamanya. Oleh yang demikian, pemilihan pasangan oleh mereka yang mempunyai autoriti dalam keluarga ini dianggap tepat kerana pemilihan dilakukan oleh orang yang berpengalaman dan mampu menjamin kebahagiaan pasangan hingga ke akhir hayat mereka.

Apabila zaman berubah di mana anak-anak mempunyai status sosioekonomi yang lebih baik, anak-anak mula membuat pilihan sendiri dengan andaian ibu bapa tidak memahami kehendak mereka ataupun pilihan ibu bapa kurang sesuai dengan cita rasa mereka. Namun, kedudukan ibu bapa dan ahli keluarga lain tetap dihormati di mana mereka ini masih berkuasa memberi persetujuan sebelum seseorang itu membuat keputusan berkenaan pemilihannya.Selain ibu bapa, tidak dapat dinafikan, wujud pengaruh rakan dalam pemilihan pasangan. Biasanya dalam situasi sebegini, rakan itu harus seorang yang boleh dipercayai, jujur dan mengenali bakal pasangan dengan lebih dekat ataupun sekurang-kurangnya mempunyai maklumat diri dan latar belakangnya. Dalam hal ini, rakan turut ber-peranan dalam membuat penilaian ke atas kesesuaian pasangan yang dipilih. Walau bagaimanapun, seseorang itu haruslah membuat pertimbangan yang wajar dan rasional selepas mengambil kira pendapat orang lain dalam soal pemilihan ini.

Walau bagaimanapun, situasi yang paling biasa dunia masa kini dalam pemilihan pasangan adalah pilihan sendiri. Ini berikutan pihak-pihak lain tidak sanggup dipersalahkan apabila pasangan itu mengalami masalah atau konflik apabila berkahwin kelak. Ini juga memberi laluan kepada individu itu untuk rasa berpuas hati dengan pilihannya sendiri dan bertanggungjawab atas pilihannya dan ber-usaha mencapai kebahagiaan dalam perkahwinan tanpa campur tangan orang lain.

Senarai Semak Diri
Menilai keserasian hubungan

Sekiranya saudara sudah mempunyai kenalan baru, teman, kekasih ataupun bakal pasangan hidup, saudara boleh menilai sejauh mana keserasian hubungan saudara berdua berdasarkan skala atau alat ukuran di bawah.
Alat ini adalah The Relation-ship Rating Form (RRF) yang dicipta oleh Davis (1996). Ia mengandungi 68 soalan yang merangkumi dimensi seperti toleransi, hormat, percaya, intimasi, keseronokan, komitmen dan konflik.

1 Adakah saya menerimanya seadanya?
2 Adakah saya sanggup memaafkan kesalahan kecil yang telah dilakukannya?
3 Adakah mudah bagi saya untuk memaafkannya?
4 Pernahkah dia mengecewakan saya?
5 Adakah saya menghormatinya?
6 Adakah dia membuat penilaian yang buruk terhadap sesuatu perkara penting?
7 Adakah dia memberi kesan yang baik kepada saya?
8 Adakah dia menjadi asas kepada cetusan ide dan rancangan yang baik?
9 Adakah saya mempercayainya?
10 Bolehkah saya bergantung kepadanya?
11 Pernahkah dia lupa akan kebajikan saya?
12 Pernahkah dia mempergunakan saya?
13 Adakah saya dan dia berbincang secara terbuka mengenai perkara peribadi?
14 Adakah saya meluahkan perasaan saya berkenaan apa-apa perkara kepadanya?
15 Pernahkah saya merasakan bahawa terdapat sesuatu perkara berkenaan saya yang dia tidak akan dapat faham?
16 Pernahkah saya merasakan bahawa terdapat beberapa perkara berkenaan saya yang dia tidak perlu ambil tahu?
17 Adakah saya mengetahui jenis manusia apakah dia?
18 Adakah tingkah lakunya memeranjatkan atau membuatkan saya terfikir akan tingkah lakunya itu?
19 Adakah saya mengetahui kesalahan dan keburukannya?
20 Adakah saya mengetahui kisah silamnya?
21 Adakah saya selalu terfikir-fikir tentangnya?
22 Adakah saya merasakan suatu ketenangan dengan hanya melihat atau memerhatikannya?23 Adakah saya memikirkannya apabila dia tidak bersama saya?
24 Adakah suatu perkara yang saya lakukan hanya dengannya?
25 Adakah saya mempunyai perasaan yang tertentu pada dirinya sahaja dan tidak pada orang lain?
26 Adakah saya akan merasa tertipu atau terluka jika dia mempunyai perhubungan dengan orang lain seperti mana perhubungan saya dengannya?
27 Adakah saya dan dia mempunyai cara yang tersendiri dalam melakukan sesuatu perkara?
28 Adakah saya mempunyai perhubungan yang rapat dengannya?
29 Adakah saya mendapati bahawa dia mempunyai daya tarikan seksual?
30 Adakah saya seronok apabila dibelai atau membelainya?
31 Adakah saya sanggup berkorban untuk meminjamkan sejumlah wang kepadanya?
32 Adakah dia sanggup berkorban untuk saya apabila saya berada dalam keadaan bahaya?
33 Dapatkah dia memberikan yang terbaik untuk saya?
34 Adakah saya bersedia berkorban untuknya?
35 Adakah saya mempercayainya untuk memberikan tanggapan orang lain mengenai diri saya?36 Adakah dia akan menyebelahi saya apabila saya terlibat dengan perselisihan faham dengan orang lain?
37 Bolehkan saya menggunakannya untuk memperjuangkan kepentingan saya apabila berlaku konflik antara kepentingan saya dengan kepentingan orang lain?
38 Bolehkah saya mengharapkan dia apabila saya memerlukan pertolongan?
39 Bolehkah dia mengharapkan kepentingan saya apabila diperlukan?
40 Adakah dia akan memberitahu pendapatnya yang sebenar tanpa mengira dia bersetuju atau pun tidak bersetuju dengan saya?
41 Adakah saya akan memberitahu pendapat saya yang sebenar tanpa mengambil kira pendapatnya?
42 Adakah saya bahagia dengan perhubungan saya bersamanya?
43 Adakah perhubungan saya dengannya telah memenuhi keperluan saya?
44 Adakah perhubungan saya dengannya merupakan suatu kejayaan?
45 Adakah saya seronok melakukan sesuatu perkara dengannya berbanding dengan orang lain?46 Adakah saya seronok melakukan kerja dengannya di mana jika sebaliknya saya tidak akan merasa seronok?
47 Adakah saya seronok bersamanya?
48 Adakah dia mempunyai perasaan yang sama terhadap saya sepertimana saya terhadapnya?49 Adakah dia mengambil berat berkenaan saya?
50 Adakah saya merasakan bahawa dia mengambil berat berkenaan saya seperti mana saya mengambil berat berkenaan dirinya?
51 Adakah dia membuatkan saya rasa diri saya berguna dan istimewa?
52 Adakah dia membuatkan saya merasa bangga dengan diri saya?
53 Pernahkah saya bergaduh dengannya?
54 Pernahkah dia melayan saya secara tidak adil?
55 Pernahkan hubungan saya dengannya mengalami ketegangan?
56 Pernahkah saya merasakan bahawa saya tidak pasti berkenaan perasaan saya terhadapnya?57 Adakah dia terlalu banyak mengambil masa saya?
58 Adakah saya merasakan bahawa diri saya terperangkap dalam perhubungan dengannya?
59 Adakah saya berbincang mengenai perhubungan saya berdua?
60 Adakah saya dan dia cuba untuk menyelesaikan masalah yang timbul antara siri saya berdua?
61 Adakah saya cuba mengubah sesuatu demi memperbaiki hubungan saya berdua?
62 Adakah saya komited dengan perhubungan saya dengannya?
63 Adakah dia pasangan hidup idaman saya?
64 Adakah saya menjangkakan hubungan saya berdua akan berkekalan?
65 Adakah dia komited dengan perhubungan saya berdua?
66 Pernahkah dia memaksa saya berbuat sesuatu yang saya tidak mahu lakukan?
67 Pernahkah saya memaksa dia untuk melakukan sesuatu yang dia tidak mahu lakukan?
68 Adakah terdapat keadilan dalam perhubungan saya berdua?

Sesudah selesai menjawab soalan-soalan di atas lakukan penilaian ke atas jawapan yang diberi berdasarkan panduan yang diberikan di bawah:

Sekiranya jawapan saudara adalah ‘Ya’ atau ‘Pernah’ untuk semua soalan, saudara memang hebat. Ini me-nunjukkan saudara benar-benar mengenalinya.

Sekiranya jawapan saudara adalah ‘Ya’ atau ‘Pernah’ untuk soalan-soalan lain selain daripada soalan 4, 6,11, 12, 15, 18, 19, 56, 57, 58, 66 dan 67, syabas! diucapakn kerana saudara sudah bertemu dengan pasangan yang serasi.

Sekiranya saudara menjawab ’Ya’ atau ‘Pernah’ pada soalan 4, 6,11, 12, 15, 18, 19, 56, 57, 58, 66 dan 67, saudara perlu lebih berhati-hati. Senarai semak itu diharap dapat membantu saudara dalam menilai sejauh mana saudara serasi dengan pasangan pilihan saudara. Senarai semak itu juga diharap dapat membantu saudara membuat keputusan dengan lebih teliti berhubung dengan pemilihan pasangan hidup.

..:: Again??!! ::..

I dunno how many blogs i have..but this one, only for my closed frenz and it's personal..(^_^)

Dah lame nak coret something kat blog nie..tp mase tak mengizinkan..banyakkk sangat cerite yang nak diceritekan..citer sedey..cite happy..but mostly cerita sedey ..=(

Dalam hidup nie terlalu banyak dugaan..Tuhan nak duga kita samada kite ni seorang yang tabah dan penyabar…tp adakalanya, hati kecil nie rase tak sanggup dah untuk terima dugaan yang seterusnya…hati kecil nie tak henti2 menangis…sedey dengan ape yang terjadi dengan diri sendiri…tak mampu nak tolong diri sendiri tp ditabahkan juga badan ini untuk menghadapi hari2 yang mendatang…

Lately, rase hidup terumbang-ambing...sini tak kena..sane tak kena..semuanya kerana satu sebab! -J.O.D.O.H- kalo ikutkan kate-kate orang & dan nak membuatkan org lain gembira, aku boleh…tp aku tak sanggup nak menanggung perasaan sendiri yang akan sedih dan menyesal sepanjang hayat…hati aku apatah lagi…menangis-nangis merayu tiada tempat untuk dia dalam hati ni… for my own sake, biarla aku terpakse pekakkan telinga dengar orang menyalahkan aku, biarla aku butakan mata tak nampak permata yang indah luarannya sahaja…dan biarlah aku diam membisu memberontak dalam hati jer…asalkan aku bahagia dengan jalan yang aku pilih…

“-aku rela ikut jalan yang berliku-liku dan banyak ranjau jika akhirnya aku jumpe juga rumah yang dicari…walaupun ade jalan yang lurus tp akhirnya aku hanya jumpa jalan yang mati-“

Tapi Bukan Aku by Kerispatih

jangan lagi kau sesali keputusanku
ku tak ingin kau semakin kan terluka
tak ingin ku paksakan cinta ini
meski tiada sanggup untuk kau terima

aku memang manusia paling berdosa
khianati rasa demi keinginan semu
lebih baik jangan mencintaiku aku dan semua hatiku
karena takkan pernah kau temui, cinta sejati

berakhirlah sudah semua kisah ini
dan jangan kau tangisi lagi
sekalipun aku takkan pernah mencoba kembali padamu
sejuta kata maaf terasa kan percuma
sebab rasa ku tlah mati untuk menyadarinya

semoga saja kan kau dapati
hati yg tulus mencintaimu
tapi bukan aku